Pages

Subscribe:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

;

Featured Posts

Thursday, August 2, 2012

Majlis Bacaan Yasin UPSR 2012 dan Iftar Jamaie 1433H

Majlis Bacaan Yasin UPSR 2012 dan Iftar Jamaie 1433H telah dimulakan pada jam 6.45 petang dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh Ustaz Halmi Abd Rahman (GB SK Chikus). Diikuti pula dengan bacaan tahlil yang dipimpin oleh Ustaz Muhamad Fadzlan bin Abu Hasan.

Iftar Jamaie pula bermula jam 7.34 malam dengan juadah ringan seperti tamar, air dan kuih muih. Seterusnya semua menunaikan solat maghrib dan solat hajat secara berjemaah dengan dipimpin oleh Ustaz Kamarazman bin Adnan. Selepas itu, barulah jemaah menikmati jamuan di kantin SKSK. MAjlis berahir jam 8.30 malam.

Friday, July 20, 2012

Pelancaran Ihya' Ramadhan 1433H


Alhamdulillah..pagi tadi Pelancaran Program Ihya' Ramadhan Peringkat Sekolah telah disempurnakan oleh Guru Besar SKSK, En Ahmad Nahrawi bin Idris. Program yang dirangka oleh Panitia Pendidikan Islam ini dimulakan dengan bacaan Yasin yang dipimpin oleh En Muhamad Fadzlan bin Abu Hasan.

Selepas itu, Majlis Pelancaran disempurnakan oleh Guru Besar. Sebagai persediaan bertemu dengan Ramadhan, satu sesi Tazkirah Di Ambang Ramadhan telah diadakan. Tazkirah ini telah disampaikan dengan jayanya oleh En Kamarazman bin Mohd Adnan.

Program Ihya' Ramadhan ini akan bermula pada hari Isnin, 23 Julai 2012 bersamaan 3 Ramadhan 1433H. Antara Program yang telah dirangka adalah Tazkirah/taalim Ramadhan, Sehari Satu Surah, Iftar Jamaie, Tadarus Al-Quran, Khatam Al-Quran dan Kuiz Ramadhan.

Semoga semua program yang dirancang dapat berjalan lancar dan bermanfaat kepada semua.

Friday, June 29, 2012

Temasya Sukan SK Sg Kerawai Kali Ke-28




Alhamdulillah...Semalam telah selesai dilaksanakan Temasya Sukan SK Sg Kerawai Kali Ke-28. Temasya bermula agak lewat jam 3.00 petang. Dimulakan dengan perbarisan lintas hormat dari kontinjen yang bertanding.

Semua acara berlangsung lancar. Tahniah diucapkan kepada Rumah Inspira (Merah) yang telah berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Bagi Tahun 2012. Juga tahniah kepada Muhammad Haiqal bin Mohatta dari Rumah Exora (Biru) dan Nur Anesha Eqma dari Rumah Persona (Kuning) yang telah dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati 2012. Juara perbarisan pula ialah Rumah Persona manakala juara hiasan rumah ialah Rumah Inspira.

Tahniah kepada semua yang berjaya dan kepada yang kurang berjaya, cuba lagi tahun depan. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan Temasya ini.

Friday, September 9, 2011

Puasa Sunat Bulan Syawal

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]

Darjat Hadis Puasa Sunat Enam Syawal.

Hadis yang menjadi dalil puasa sunat enam Syawal adalah sahih sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya. Sebelum ini ada segelintir pihak yang meragui kesahihan hadis ini. Keraguan tersebut adalah sia-sia kerana hadis ini diriwayatkan dari beberapa sahabat dan memiliki banyak jalan periwayatan. Syaikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Bassam menjelaskan:

“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Aidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Sa‘id al-Khudri berkata: “Nabi s.a.w. melarang puasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha.” [Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 1991 (Kitab al-Shaum, Bab berpuasa pada hari Aidil Fitri).]

Tidak Ada Hari Raya Selepas Puasa Sunat Enam Syawal.

Sebahagian orang ada yang menyambut Hari Raya pada 1 Syawal dengan perasaan hambar dan kekosongan. Bagi mereka, Hari Raya yang memiliki erti sambutan dan kegembiraan sepenuhnya ialah pada hari selepas mereka menggenapkan puasa sunat enam Syawal.

Ini adalah satu bid‘ah yang mungkar. Hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha. Dua hari ini bukanlah sesuatu yang dibuat-buat manusia tetapi disyari‘at oleh tuhan yang mencipta manusia, yakni Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah telah mengantikan untuk kalian dua perayaan yang lebih baik dari perayaan (zaman jahiliyah), iaitu (perayaan Aidil) Adha dan (perayaan Aidil) Fitri.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 1134 (Kitab al-Solat, Bab solat dua hari raya)]

Oleh itu hari perayaan keagamaan dalam Islam hanya dua, iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha. Hanya pada dua hari inilah kita menyambut dengan penuh kegembiraan kerana ia disyari‘atkan oleh Allah s.w.t.. Tidak ada hari perayaan sempena genapnya puasa sunat enam Syawal.

Selamat menunaikan puasa sunat bulan Syawal.

Saturday, May 7, 2011

Simbol "PEACE"

Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden Amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ast (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.

Tanda peace adalah kejayaan untuk syaitan

gambar tangan di atas adalh keratan dari kamus Webster terjemahan Inggeris-Inggeris.Menurut Texe Marrs, kamus versi Webster hanya menyatakan simbol tangan itu sebagai simbol V tetapi tidak pula menerangkan maksud V seperti perkataan vulcanism,vulcanize dan vulgar yang terdapat pada sebelah kiri gambar.Namun begitu,perkataan perkataan vulcan sendiri adalah bermaksud dewa purba berkaitan Tuhan Api dan kemusnahan

Dua jari yang terbuka diatas merujuk kepada amalan2 dalam ajaran Freemason dan Gnostc Law of Oppasites.2 jari itu menggambarkan 2 ciri yang ditonjolkan iaitu baik dan jahat ,syurga dan neraka.selain itu,simbol ini juga dianggap sebagai perlambangan kepada tanduk Baphomet iaitu tuhan berkepala kambing yng dipuja golongan pengamal ajaran kesyaitanan




Potret hakim zaman Athes purba iaitu Dionysius the Areopagite(gmbr diats) sedang menunjukkan isyarat V atau kejayaan untuk syaitan.Menurut sejarah,Dionysius telak memeluk agama kristian selepas mendengar syarahan2 agama daripada paderi berbangsa yahudi iaitu Apostle Paul.


simbol Per Benedection(atas,kiri) yang dilukis oleh golongan tertentu sudah pasti mempunyai makna yang tersirat dan sukar ditafsirkan oleh orang awam biasa.
You might also like:

Mutiara Kata

Nasyid fm