Pages

Subscribe:

Tuesday, March 31, 2009

Hari Profesional 2009



Pada tarikh 28 Mac 2009 semua sekolah di negeri Perak diarahkan untuk mengadakan Hari Profesional. SK Sungai Kerawai telah dipilih menjadi tuan rumah bagi tiga buah sekolah gabungan kelompok 2 iaitu SK Sg Kerawai, SK Permatang Pelandok dan SK Chikus. Majlis bermula jam 8.15 pagi dengan bacaan doa olah Ustaz Hamidi, ikrar guru yang diketuai oleh En Dzukarnain Osrak,bacaan perutusan Pengarah Pelajaran Perak oleh En Daud, GB SK Chikus.

Seterusnya majlis diteruskan dengan Ceramah Motivasi oleh Penceramah Jemputan, En Mahadi Hj Sidek selaku Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Hilir Perak. Ceramah yang disampaikan sangat bernas dan penuh isi yang sangat berguna untuk guru-guru.sesi pertama berakhir kira-kira jam 11.05pagi.

Sesi kedua diteruskan lagi dengan Ceramah P&P Berkualiti dan Berkesan. Ceramah berakhir kira-kira jam 12.45 tengahari. Seterusnya, semua guru-guru menghadiri jamuan di kantin.

Sambutan Maulidurrasul 1430H



Pada 27 Mac yang lepas, Panitia SK Sg Kerawai telah mengadakan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bagi tahun 1430H. Majlis bermula kira-kira jam 3.45 petang dengan perarakan oleh murid-murid dan guru-guru ke sekeliling Kampung Sungai Kerawai diiringi laungan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan rawi oleh adik Mohamad Haikal bin Jaafar yang meruoakan pemenang ketiga MTQSS Kelompok 2 baru-baru ini. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Soutun Najihin dengan dua buah nasyid iaitu Akidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang dan Utusan Allah. Kumpulan ini juga telah mendapat tempat ketiga dalam MTQSS di SK Permatang Pelandok.

Sesudah persembahan nasyid, majlis disambung dengan Mini Forum Maulidurrasul yang dipengerusikan oleh Adik Muhammad Luqman Haqeem. Ahli panel terdiri daripada Ustazah Jamiah Husin, Ustaz Kamarazman Mohd Adnan dan Ustaz Muhamad Fadzlan Abu Hasan. Kemuncak majlis pada hari tersebut adalah, pengumuman tokoh Maulidurrasul dari kalangan murid. Pemilihan dibuat hasil undian guru-guru. Tokoh maulidurrasul bagi murid lelaki adalah adik Muhammad Adib Yusoff manaka bagi murid perempuan adalah Suraya Indera Abha.

Selesai majlis, semua hadirin dijamu dengan sedikit jamuan di kantin.

Monday, March 9, 2009

Maulidurrasul 1430H

Tarikh hari ini adalah tarikh yang amat penting dalam sejarah Islam. Pada tarikh ini (12 Rabiul Awwal, lahir seorang insan yang telah merubah dunia dari kegelapan jahiliah menuju sinar Islam. Seluruh dunia pastinya mengadakan majlis memperingati kelahiran insan istimewa ini.

Dengan tema "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah", umat Islam di Malaysia diharap dapat bersatu untuk mengembalikan kekuatan umat Islam. Bersatu atas kalimah La Ilaha Illa Allah..

Sebenarnya tidak pernah dianjurkan oleh junjungan besar kita untuk menyambut hari lahirnya, tetapi disandarkan diatas beberapa pendapat ulamaý bahawa sambutan maulidur rasul dapat menyedarkan semula ummah ini tentang perjuangan rasulullah, maka ia diharuskan. Beberapa contoh pendapat ulama':

1. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi berpendapat bahawa umat Islam pada zaman kini semakin lupa akan kepentingan sirah Nabi s.a.w, maka sambutan Maulidur Rasul ini adalah suatu kaedah untuk mengingatkan mereka mengenai perjuangan Nabi agar dapat diambil pengajara daripadanya. Beliau menambah bahawa sekiranya sambutan ini dijalankan dengan sejajar dengan syariah(tiada bidaah), ia dapat mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam dan sunnah serta sirah kehidupan baginda s.a.w.

2. Sheikh `Atiyyah Saqr pula berpendapat bahawa sambutan ini dibolehkan sebagai tanda cinta kepada baginda dan merupakan usaha yang membantu kita untuk mencontohi baginda. Namun, ianya mestilah tidak membabitkan perkara-perkara yang dilarang oleh agama seperti pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tidak beradab dalam masjid, dan sebagainya. Tambah beliau, kaedah menyambut sambutan ini adalah seperti mentelaah sirah dan sunnah baginda, membina masjid dan tempat keagamaan, melakukan kerja-kerja sukarelawan yang kesemuanya dapat mengingatkan kita untuk menghayati kisah perjuangan baginda dahulu.

Justeru itu, penting bagi kita umat akhir zaman ini untuk melihat kembali diri kita yang kadang kala lari dari syariat islam yang dianjurkan oleh Rasulullah dalam mengerjakan amal seharian kita. Melalui Al-Quran dan sunnah serta sirah perjuangan rasulý kita menilai kembali betapa peri pentingnya kita meletakkan semula islam ditempat yang sepatutnya. Dan melalui Maulidul Rasul kita mengingati rasulullah dan menghayati islam itu dari perspektif yang sebenar. Mari kita sama-sama jadikan 12 Rabiul Awwal 1430 h bersamaan dengan 9 Mac 2009 sebagai satu titik tolak untuk berubah daripada buruk kepada baik, daripada baik kepada lebih baik, daripada lebih baik kepada lebih bagus. Bagaimana kita hendak menzahirkan cinta kita kepada rasulullah selain daripada melaksanakan segala apa yang diperintahkan Allah melalui rasulNya, cuba mengikuti segala sunnahnya, mahu mengkaji segala sirahnya, dan berkehandak mencontohi segala akhlaknya. Insan agung yang namanya banyak dirakamkan di dalam Aquran dan penghulu segala nabi dan rasul. Ummatnya umat terbaik di kalangan semua umat. Marilah kita semua menyuruh yang maaruf dan mencegah yang munkar; semoga apa yang kita lakukan mendapat redho Allah dan rasulNya. Insya Allah.

Saturday, March 7, 2009

Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam 2009


Bertempat di SK Permatang Pelandok, berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran dan Mahrajan Kesenian Islam 2009 Kelompok 2. Sebanyak 7 pertandingan dijalankan dengan penyertaan 12 buah sekolah. Bagi SK Sg Kerawai, kami menyertai semua pertandingan yang diadakan kecuali pertandingan Kompang Selawat.

Sememangnya proses menyediakan peserta dibuat di saat-saat akhir. Namun, kami tetap cuba melakukan yang terbaik untuk sekolah. Berikut adalah senarai wakil SK Sg Kerawai :
1. Muhammad Fazrul Hisham bin Ruslan (tilawah)
2. Nur Suhaila binti Mohd Jalal (tilawah)
3. Muhammad Luqman Haqeem bin Mat Shahran (Hafazan)
4. Suraya binti Indera Abha (Hafazan)
5. Ariffin bin Mohammad (Bercerita)
6. Nur `Atiqah binti Abu Hanapiah (Bercerita)
7. Muhammad Haikal bin Jaafar (Bacaan Rawi)
8. Zain Humaira binti Khirel Azman (Bacaan Rawi)
9. Muhammad Adib bin Yusof (Tulisan Jawi)
10. Norliana binti Ramli (Tulisan Jawi)
11. Nor Syafiqah binti Ibrahim (Nasyid)
12. Nurul Hanis binti Ahmad Mudakhir (Nasyid)
13. Nor Syahira binti Salim (Nasyid)
14. Saidatul Syazwana binti Mohd Nor Azam (Nasyid)
15. Nur Nabila Huda binti Sabaran (Nasyid)
16. Nurul Hidayah binti Khairuddin (Nasyid)
17. Nor Aisyah binti Samsol (Nasyid)
18. Nur Rabiatul Adawiyah binti Shaari (Nasyid)
19. Nor Shahira Ain binti Azhar (Nasyid)

Pencapaian SKSK kali ini adalah tempat ketiga bacaan rawi lelaki, Muhammad Haikal bin Jaafar dan ketiga Nasyid,Soutun Najihin. Alhamdulillah..Tahniah diucapkan kepada semua guru-guru yang bertungkus-lumus melatih peserta untuk pertandingan ini. Kepada yang tidak berjaya, semoga tahun depan menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari tahun ini.

Sunday, March 1, 2009

Peristiwa Penting di Bulan Rabiul Awwal

Pengertian Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah.Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal
Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

- Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M.Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasulpada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah.

- Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

- Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

- Peperangan.
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

- Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

- Abu Bakar ra. menjadi khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar r.a di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

- Pembukaan Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

- Pembukaan Baitul Muqaddis

Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

- Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol

Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Mutiara Kata

Nasyid fm