Pages

Subscribe:

Tuesday, March 31, 2009

Sambutan Maulidurrasul 1430H



Pada 27 Mac yang lepas, Panitia SK Sg Kerawai telah mengadakan majlis sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah bagi tahun 1430H. Majlis bermula kira-kira jam 3.45 petang dengan perarakan oleh murid-murid dan guru-guru ke sekeliling Kampung Sungai Kerawai diiringi laungan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan rawi oleh adik Mohamad Haikal bin Jaafar yang meruoakan pemenang ketiga MTQSS Kelompok 2 baru-baru ini. Seterusnya majlis diteruskan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan Soutun Najihin dengan dua buah nasyid iaitu Akidah Pembentuk Jatidiri Cemerlang dan Utusan Allah. Kumpulan ini juga telah mendapat tempat ketiga dalam MTQSS di SK Permatang Pelandok.

Sesudah persembahan nasyid, majlis disambung dengan Mini Forum Maulidurrasul yang dipengerusikan oleh Adik Muhammad Luqman Haqeem. Ahli panel terdiri daripada Ustazah Jamiah Husin, Ustaz Kamarazman Mohd Adnan dan Ustaz Muhamad Fadzlan Abu Hasan. Kemuncak majlis pada hari tersebut adalah, pengumuman tokoh Maulidurrasul dari kalangan murid. Pemilihan dibuat hasil undian guru-guru. Tokoh maulidurrasul bagi murid lelaki adalah adik Muhammad Adib Yusoff manaka bagi murid perempuan adalah Suraya Indera Abha.

Selesai majlis, semua hadirin dijamu dengan sedikit jamuan di kantin.

0 comments:

Post a Comment

Mutiara Kata

Nasyid fm