Pages

Subscribe:

Thursday, April 2, 2009

Mesyuarat PIBG kali ke 31



Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Sungai Kerawai telah selamat diadakan pada 30 Mac 2009 selepas beberapa penangguhan tarikh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat kali ini dihadiri seramai 67 orang sahaja. Alhamdulillah, mesyuarat ini berlangsung baik dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.
Mesyuarat kali ini menyaksikan pertukaran kepimpinan dengan Yang Di Pertua sesi lepas, En Noodin Ahmad telah melepaskan jawatan memandangkan beliau tidak lagi mempunyai anak di sekolah ini. Pelantikan kepimpinan baru ini berjalan lancar dengan Puan Azryna Jainuri telah dilantik sebagai Yang DiPertua PIBG sesi 2009/2010. Naib Yang DiPertua pula masih dipegang oleh Tn Hj Jumali bin Sadeli. Bagi jawatan Setiausaha dan Bendahari adalah dari kalangan guru dan akan ditentukan oleh Penasihat iaitu Puan Noora binti Bustanuddin (Guru Besar SKSK).
Sebanyak 6 usul bertulis telah dibahaskan, dengan 4 usul diluluskan manakala 2 lagi telah ditolak. Manakala 3 usul lisan pula telah diluluskan. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 5.27 petang. Selepas itu, sedikit jamuan diadakan.

0 comments:

Post a Comment

Mutiara Kata

Nasyid fm