Pages

Subscribe:

Tuesday, April 28, 2009

Seminar Pengurusan Sekolah-Sekolah Kelompok 2

Bertempat di Dewan Utama Rumah Rehat MPTI, Sekolah-sekolah Kelompok 2 telah mengadakan Seminar Pengurusan pada 25 April 2009. Program yang dijadualkan bermula pukul 8.30 terpaksa dimulakan lewat kerana kelewatan penceramah undangan.

Majlis dimulakan pukul 9.15 pagi.Penceramah pertama ialah En Shashim Shah bin Harun, Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pelajaran (Dr Puad Zarkashi). Ceramah beliau adalah berkaitan etika keguruan. Beliau berkongsi pengalaman dengan semua hadirin mengenai beberapa kes yang disebabkan kecuaian guru-guru mengawal kelas. Ceramahyang berjalan selam 2 setengah jam itu tidak terasa lama kerana penyampaian yang berkesan dan menarik.

Ceramah kedua pula disampaikan oleh En Azmi Shamsuddin yang menggantikan En Azmi bin Dahali, Penolong Pegarah Unit Naik Pangkat JPN Perak. Ceramah beliau adalah berkaitan disiplin da peraturan perkhidmatan. ceramah berakhir jam 1.00 tengahari.

0 comments:

Post a Comment

Mutiara Kata

Nasyid fm