Pages

Subscribe:

Wednesday, May 20, 2009

Sambutan Hari Guru 2009

Dengan tema "Guru Pembina Negara Bangsa", seluruh sekolah di seluruh negara mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah. SK Sg Kerawai juga meraikan hari yang sangat bermakna dalam hidup seorang guru.

Cuma, sambutan tahun agak kurang ceria kerana arahan pelaksanaannya hanya sehingga jam 10 pagi sahaja. Acara sambutan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah. Seterusnya, Ustaz Kamarazman mengetuai bacaan doa diikuti bacaan ikrar guru yang diketuai oleh En Roslan Mohd. Selepas itu, semua guru-guru berpadu suara menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.

Acara diteruskan lagi dengan siri ucapan@perutusan. Bermula dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Hj Alimuddin Mat Dom yang dibacakan oleh En Dzukarnain Osrak diikuti dengan perutusan Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang dibacakan oleh En Roslan Mohd.


Seterusnya ucapan dari Ketua Murid, Mohd Adib Yusof dan diikuti ucapan dari Guru Besar, Pn Noora Bustanuddin. Kemuncak sambutan adalah acara pertukaran hadiah antara guru dan kakitangan sekolah serta pemberian hadiah untuk guru-guru oleh murid-murid. Majlis berakhir dengan jamuan. Jamuan ini juga adalah jamuan meraikan kedatangan Pembantu Rendah Am yang baru, En Razif serta perpindahan Pembantu Rendah Am yang lama, En Zawawi.

0 comments:

Post a Comment

Mutiara Kata

Nasyid fm